Sejarah Pasar Hujung Minggu Chatuchak

Pasar Chatuchak telah dibuka sejak tahun 1942.[7] Pada tahun 1948, Perdana Menteri Plaek Phibunsongkhram menggubal dasar yang menghendaki setiap wilayah untuk ada sebuah pasar sendiri. Bangkok memilih Sanam Luang sebagai tapak pasar mereka. Beberapa bulan kemudian, kerajaan memindahkan pasar tersebut ke Sanam Chai. Ia dipindahkan semula ke Sanam Luang pada tahun 1958.

Bermula dari tahun 1975, Jeneral Kriangsak Chamanan melaksanakan dasar untuk menjadikan Sanam Luang sebagai tempat riadah untuk penduduk dan upacara peringatan. Oleh sebab Jeneral Kriangsak Chamanan pengerusi Kereta Api Negara Thailand pada masa itu, beliau membenarkan tanah di sebelah selatan Taman Chatuchak dijadikan sebagai pasar. Rancangan beliau adalah untuk mengitar semula Gunung Sampah Din Daeng yang telah digunakan sebagai tapak pelupusan sampah sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Beliau merekrut jurutera-jurutera tentera untuk mengusahakannya dan taman tersebut berjaya disiapkan pada tahun 1978, sewaktu Jeneral Kriangsak Chomanan menjadi Perdana Menteri.[8][9]

Tahun 1983, semua peniaga telah berpindah ke Chatuchak. Pada masa itu, pasar itu bernama Pasar Phahonyothin. Pada tahun 1987, namanya ditukarkan kepada Pasar Chatuchak.[10]

Mercu tanda yang khas di Pasar Chatuchak ialah sebuah menara jam. Ia dibina pada tahun 1987 sempena hari keputeraan yang ke-60 Raja Bhumibol Adulyadej pada 5 Disember 1987, hasil kerjasama pentadbiran pasaran itu dan Persatuan Pedagang Thai-Cina.[11]

Rujukan

WikiPedia: Pasar Hujung Minggu Chatuchak https://books.google.com/books?id=TpOukSVMIGYC&pg=... https://www.bangkokpost.com/business/news/1619538/... http://www.chatuchakmarket.org/ http://asiamarvels.com/chatuchak-market-experience... http://wanderlustandlipstick.com/blogs/wandershopp... https://web.archive.org/web/20171123091800/http://... http://www.guidetothailand.com/thailand-attraction... http://www.authorstream.com/Presentation/johnsun.h... http://www.bangkok.go.th/jj2minburi/page/main/2449 http://www.straitstimes.com/lifestyle/travel/food-...